Kamis, 31 Maret 2011

Persahabatan

      Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati hampa dan mencarinya saat jiwa membutuhkan kedamaian.

Bila dia berbicara padamu mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu tak hentinya menangkap suara hatinya, kerana tanpa ungkapan kata dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama , dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, akan tampak lebih jelas saat ketiadaannya, bagaikan sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung dari kejauhan daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya,itu bukanlah cinta , akan tetapi sebuah jala yang ditebarkan hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarkanlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apakah sahabat itu? jika kau sentiasa mencarinya, apakah hanya untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana sahabatlah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan kegembiraan..
Kerana dalam tiap tetesan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar